RAKAN KONGSI KAMI
Kenali rakan kongsi kami!
Kementerian Komunikasi Malaysia
Kementerian Komunikasi Malaysia bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bermaklumat, berhubung, dan berbudaya kreatif. Kementerian ini turut terlibat dengan pihak berkepentingan komunikasi digital seperti pencipta kandungan dan golongan belia. Matlamat Kementerian Komunikasi adalah untuk meningkatkan keselamatan ekosistem digital Malaysia. Usaha ini termasuk meningkatkan keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak, mendidik tentang penipuan dalam talian, dan memerangi ucapan kebencian serta pembulian siber.
CelcomDigi
Sebagai sebuah syarikat yang telah berkhidmat kepada 20 juta pengguna, CelcomDigi mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan sekuriti pengguna mereka sambil memupuk persekitaran digital yang lebih kukuh untuk semua rakyat Malaysia. Melalui program tuntas seperti S.A.F.E. Internet, CelcomDigi berazam untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi warga digital yang bertanggungjawab dan berdaya tahan. CelcomDigi menyokong program Creators IRL dan Youths IRL melalui perkongsian maklumat mengenai keselamatan digital dalam kelas pakar, menawarkan pengalaman kerja lapangan kepada wakil belia, dan menyediakan sumber untuk menyokong para pencipta yang mendukung keselamatan digital.
Forum Kandungan dan Multimedia Malaysia (CMCF)
CMCF ialah sebuah organisasi kawal selia kendiri dan forum industri berdaftar yang berdedikasi untuk memudahkan dan menyokong kawal selia kendiri kandungan di media rangkaian elektronik di Malaysia. Ia menetapkan piawaian kandungan dan amalan terbaik melalui Kod Kandungan dan memastikan pematuhan melalui Biro Aduan. CMCF mengekalkan hubungan kerja yang kukuh dengan pemain industri kandungan, termasuk platform media sosial, untuk menangani kandungan memudaratkan di atas talian dan juga untuk memastikan perlindungan kanak-kanak. CMCF percaya bahawa kerjasama dan pendekatan berbilang pihak berkepentingan adalah cara terbaik untuk memastikan industri kandungan yang selamat dan berkembang maju. Selain itu, ia menyokong dialog terbuka mengenai isu-isu ini, dan percaya bahawa perbincangan sedemikian adalah pemangkin untuk perubahan.
SAYS
SAYS menyimpulkan berita dan cerita terbesar di Malaysia—meliputi soal politik, gaya hidup dan hiburan—kemudian menjadikan ia kandungan mudah hadam. Mereka juga memastikan generasi media sosial sentiasa dikemas kini dan dimaklumkan tentang perkara utama—tidak lupa juga apa yang menyeronokkan dan popular. Selain itu, SAYS turut memperluaskan isu penting dan semasa melalui kandungan yang menghiburkan dan kreatif, dan sentiasa komited dalam mendukung keselamatan dalam talian. Sebagai rakan rasmi kami, SAYS mengetengahkan dan menangani isu kritikal keselamatan dalam talian, serta menyediakan liputan tentang apa yang berlaku dalam program Creators IRL dan Youths IRL.