Rakyat Malaysia, tidak kira umur dan bangsa, masih menghadapi pelbagai risiko dalam talian.

Rakyat Malaysia, tidak kira umur dan bangsa, masih menghadapi pelbagai risiko dalam talian.
— biarpun disebabkan scam atau kebimbangan keselamatan yang lain.

Walaupun ramai di antara kita peka akan ancaman dalam talian, kesedaran sahaja tidaklah mencukupi.

Sudah tiba masanya untuk kesedaran itu diubah untuk menjadi daya tahan sebenar melalui amalan langkah-langkah

pencegahan dan perlindungan|

Inilah jurang yang ingin kami atasi.

Kita telah berkolaborasi dalam melancarkan sebuah program kebangsaan bernama Online Safety IRL untuk menghimpunkan rakyat Malaysia dalam melawan penipuan dan kebahayaan yang wujud dalam talian.

Demi membina komuniti dalam talian yang lebih kukuh dan selamat untuk semua.

Lengkapkan diri anda dengan tips dalam talian berikut:

Bukan penipuan sahaja yang menjadikan dunia digital tempat yang berbahaya.

Buli siber juga memburukkannya

dan kami memerlukan pertolongan anda untuk mencegahnya.

Screenshot dan simpan

Bukti adalah segalanya! Sekiranya anda atau orang lain sedang dibuli siber, lakukan tangkapan skrin untuk menyokong laporan anda. Jika anda tidak selesa berbuat demikian, anda boleh meminta bantuan seseorang yang dipercayai atau simpan tangkapan skrin ini dalam folder yang berasingan.

Laporkan!

Hantar laporan kepada platform media sosial tersebut. Platform-platform ini memerlukan pertolongan anda juga untuk memastikan kandungan di platform mereka selamat untuk semua. Sekiranya pembulian siber masih berterusan, buat laporan kepada SKMM dan balai polis berhampiran.

Gunakan suara anda untuk membina komuniti yang positif

Abaikan pembuli siber dan berikan sokongan kepada para mangsa di bahagian komen mereka. Jangan pula galakkan lagi pembulian!

Cari sokongan

Kongsikan tentang apa yang berlaku dengan orang yang anda percayai. Ada perlu mengingati bahawa situasi ini bukan salah anda dan anda tidak perlu berasa malu.

Talian sokongan kesihatan mental yang boleh membantu anda juga tertera di bawah:

KPWKM (Talian Kasih)
15999
Buddy Bear Helpline (untuk umur 6-18 tahun)
1800 18 2327
Befrienders
• Kuala Lumpur
03-7627 2929
• Penang
04-2910 100
• Ipoh
05-238 0485
• Seremban
06-6321 772
• Melaka
06-2250 791
• Muar
06-2250 792
• Johor Bahru
07-2670707
• Kota Kinabalu
088-335793
• Kuching
082-242800

Apa lagi yang boleh anda lakukan dalam menguatkuasakan ruang dalam talian yang lebih selamat untuk semua?

Lihat apa pencipta kandungan kami katakan!