Logo of the event creators IRL

Malaysia mencatatkan kerugian RM1,200,000,000 pada tahun 2023 angkara penipuan dalam talian.

SUMBER

Setiap tahun, 100,000 kanak-kanak di Malaysia dalam lingkungan umur 12-17 tahun menghadapi eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian.

sumber

Bagaimanakah caranya menangani penipuan dalam talian?

Penipuan dan bahaya dalam talian bukannya terjadi akibat kurang kesedaran, masalah ini saban hari makin meruncing. Mereka begitu licik berselindung di sebalik landskap digital.

Untuk melindungi diri dan menjadi celik IT, kita perlu mengasah kemahiran pemikiran kritikal. Perkara ini akan memperkasakan diri untuk mengenal pasti dan menangani ancaman yang wujud di sebalik tatalan pasif.

Sebagai pengguna kandungan, pencipta kandungan dilihat sebagai susuk penting yang berkongsikan pengalaman, idea, dan pandangan mereka. Adalah penting bagi para pencipta untuk berasa yakin dan diperkasa untuk membincangkan secara terbuka tentang bahaya dan penipuan dalam talian.

Tentang program

Creators IRL merupakan program selama 3-bulan yang memupuk kebertanggungjawaban dan advokasi dalam kalangan para pencipta mengenai bahaya dan penipuan dalam talian. Dengan adanya perbincangan nyata tentang keselamatan dalam talian, para pencipta mampu menggerakkan perubahan sosial dan tingkah laku, lantas memperluaskan impak dan daya kreatif mereka bagi membentuk dunia digital yang lebih selamat.

Para pencipta akan berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi korporat serta agensi kerajaan. Pada masa yang sama, mereka juga dapat menjalin rangkaian antara rakan pencipta lain yang beriltizam membentuk keselamatan dalam talian Malaysia di masa hadapan.

Susur masa dan aktiviti program

Para felo akan mendalami isu-isu bahaya dan penipuan dalam talian melalui kelas pakar yang dijelaskan seperti berikut:

Scamspotting 101:

Pengenalan kepada Penipuan Dalam Talian

Not Some Minor Issues:

Pengenalan kepada Isu Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Talian

MINGGU 1

The Creative Code of Ethics:

Garis Panduan Kod dan Etika Kandungan

MINGGU 2

Upping Your Content
Game for Change:

Penciptaan Kandungan Berimpak

MINGGU 3

Doing Numbers for
Your Reel Views:

Meningkatkan Penglibatan Audiens

MINGGU 4

Apakah yang menanti anda?

Masih teragak-agak nak sertai program felo ini?

Dana kandungan berimpak

Terima dana untuk menghasilkan kandungan yang dapat memacu perubahan!

Serlahkan bakat anda

Gilap bakat anda bagi mencipta kandungan berimpak dan bermanfaat

Peluang menjalinkan rangkaian

Berhubung bersama pihak berkepentingan daripada rakan kongsi industri dan rakan pencipta lain

Menyampaikan cerita yang mempunyai impak

Menerima bimbingan terbaik untuk menggabungkan impak dan daya kreatif secara tulen

Kelas pakar dan lawatan lapangan bersama pakar industri

Menimba pengalaman daripada pakar dan pihak berkepentingan utama dalam isu bahaya dan penipuan dalam talian

TUNGGU APA LAGI?

MOHON SEKARANG

Tarikh tutup pendaftaran: 23 Ogos 2024

MOHON SEKARANG