Youths IRL | Borang Permohonan Program Felo

ke halaman Youths IRL

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami kini menerima permohonan untuk program felo Youths IRL. Kami mencari para belia yang berhasrat untuk melakukan perubahan, dan komited untuk menggunakan suara dan daya kreatif mereka untuk memberi impak positif kepada komuniti.

Sebagai felo, anda berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang literasi digital dan penggubalan dasar, berkolaborasi bersama rakan kongsi dan organisasi yang dihormati, dan membolehkan suara anda didengari dalam pembentukan garis panduan digital yang akan datang. Kami percaya bahawa program felo ini akan menjadi peluang luar biasa untuk anda mengasah lagi kemahiran dan pengetahuan anda, serta memberi sumbangan yang bermakna untuk memacu perubahan positif dalam komuniti digital.

Kriteria untuk menyertai program felo:

  • Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
  • Berumur 18-25 tahun
  • Menunjukkan minat yang mendalam tentang isu keselamatan dalam talian
  • Berupaya untuk mendedikasikan masa dan usaha untuk setiap sesi

Bilakah program felo ini akan berlangsung?

Program ini akan dijalankan dari 10 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang program felo ini, sila hubungi kami di onlinesafetyirl@ratiocause.com

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai butiran program felo!

Tarikh tutup permohonan pada 1 Disember 2024.

Maklumat peribadi
Latar belakang anda!
Suara anda penting bagi kami, tanpa mengira bahasa yang anda gunakan untuk mengekspresikan diri. Kami berazam untuk menghubungkan dan memperkasakan belia daripada pelbagai latar belakang, menggunakan suara anda untuk impak positif dan mewujudkan komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.
Kurang Fasih
Fasih
Kurang Fasih
Fasih
Kami Ingin Mengenali Anda!
Sebagai bakal felo kami, kami ingin mengenali anda dengan lebih baik. Jangan ragu-ragu untuk kongsikan tentang diri dan cita-cita anda!
Terima kasih! Penyerahan anda telah diterima!
Oops! Something went wrong, please try again.
Penafian PDPA: Dengan menyerahkan borang permohonan ini, anda membenarkan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data peribadi anda oleh Ratio:Cause mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi. Organisasi tersebut akan menggunakan data peribadi anda hanya untuk tujuan menilai kesesuaian anda untuk program felo ini dan mungkin akan mendedahkan data tersebut kepada jabatan dalaman yang berkaitan atau pihak ketiga yang dibenarkan untuk terlibat dalam proses pengurusan.